Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 July, 2009

Kombinasi Warna


Salam dan hai

Ok, bunga orkid jadi pilihan. Jadi ahad ni nak cari bunga orkid kat Semua House.

Tapi si perancang ni tak tahu langsung camne nak gubah bunga orkid kat atas dulang hantaran.

Warna orkid pilihan dah tentu ungu..


Tapi bunga-bunga sampingan tu yang belum tahu nak yang mana.

Nak buat ada lengkaran daun cam kat bawah ni. Cuma terpikir macam mana melekarkan.. apa ye nama daun tu??





Merancang nak pakai paku pakis untuk daun.


Cuma tak pasti, apa kombinasi bunga untuk hantaran.




Tapi hati nak kan hasil semacam ini. Bunga orkid warna ungu pekat, sedikit warna pink, dan bunga-bunga kecil warna putih


Cuma tak tau ada bakal terpendam atau tak..

Nama bunga pun tak tau, camne??!!!

30 July, 2009

Hantaran Orkid


Salam dan Hai

Atas permintaan abang saya, kena pakai bunga orked untuk kemasan hantaran dia.. Aduh, camne tu? Saya langsung, diulangi langsung tak pernah buat hiasan untuk hantaran. Dia nak orkid lak tu..

Tapi layankan aje la permintaan dia.

Maka, seperti biasa, menggunakan magis abang Google mencari gambar..

Alhamdulillah, jumpa!!!

Sudah la dia pakai white tray cam saya nye (10 markah!), warna orkid dia pun sama cam permintaan abang saya.

Jom layan gambar!













Sapa-sapa tau gambar ni dari blog/ website mana, tolong bagitau supaya saya boleh bagi proper credit pada empunya diri.

Sedar diri yang saya tak reti nak gubah-gubah telekung jadi rama-rama ke, jadi bunga Refflesia ke.. Semuanya cukup simple, tapi riben tu maybe pakai warna ungu kot supaya takde nampak all white pulak

erm.. tunggu aje la masa gubahan hantaran. Rasanya mesti 200% langsung tak sama dari yang dirancang :P

Tapi tak sabar nak tunggu ctfza nye barang iringan tunang.. dia pun pakai bunga orkid, dari post blog dia.. cantik sangat warna bunga dia.. tak sabar tunggu result gubahan pertunangan dia!


30 July 2009

29 July, 2009

Minta Pendapat


Salam dan Hai

Majlis kenduri ni akan di buat di dewan yang ada pentas. Dewan serba guna yang sederhana. Takde lampu chandeliers. Pentas sedikit tinggi dengan warna langsir standard merah.

Isu: Keluarga saya takmo bersanding.

Kesan daripada isu: Maka, meja makan beradap dah di bawa ke atas pentas.

Perkara Sampingan I: Ada upacara memotong kek.
Perkara Sampingan II: Pasangan ni teringin nak buat tempat untuk tetamu bergambar bersama pengantin. Tak mahukan pelamin, takmo renjis-renjis. Cukup sekadar satu sudut, dengan kewujudan kerusi dan beberapa dekorasi yang DIY. Mungkin perlukan arch pegola (betul ke ejaan?) untuk naikkan seri.

Kesan daripada Perkara Sampingan I & II: Masalah untuk menyusun atur kedudukan meja makan beradap, tempat potong kek dan tempat bergambar bersama tetamu.

Persoalan: Bagaimana nak susun atur meja makan beradap, tempat potong kek dan ruang bergambar, dengan teratur dan bersesuaian? Adakah kedudukan meja makan beradap di atas pentas. Manakala meja potong kek, di bahagian bawah sebelah kanan dan sudut bergambar di sebelah kiri? atau mungkin sudut bergambar dan meja potong kek saling bersebelahan?? Dan kalau tak jadi buat sudut untuk bergambar, adakah kedudukan meja kek betul-betul di tengah di bahagian bawah pentas?

Minta tolong bagi pendapat.

Saya dah buntu ni!


29 July 2009



Mencari Yang Satu



Salam

Dah janji dengan K.Rina, kena temankan dia cari baju sanding. Paksa abang saya ikut, walaupun dia kata nak gi bengkel tengok kereta dia.. Tapi akhirnya, berjaya paksa dia membontoti kami berdua..

Kami pergi di Bangi, hampir 5 kedai bridal kami pergi. Tapi tak satu pun diorang berdua berkenan.

Bukan tak cantik pakaian yang kami tengok. Memang cantik. Tapi rupanya, hati mereka berdua dah diikat dengan persalinan di satu butik di Bangi, yang mereka dah pergi ke sana seminggu lalu.

K.Rina amat bersemangat, jadi ikutkan aje. Kak Rina takut-takut nak masuk sebab dia takut orang kedai tu cam dia memandangkan tu trip kedua dia. Tapi memang pun orang kedai tu masih cam dia hahahah.. Siap kata "Minggu lepas dah datang kan? tengok baju ni juga kan?"

Saya buat-buat tak dengar dan tekun membelek baju di sana.

Saya dah nampak satu baju yang memang cantik (pada mata saya). Saya tak suka warna lembut sangat untuk sanding (konon takmo tenggelam) tapi entah ngapa, kombinasi warna tu cam cantik bagi mata saya. Pink-Ungu, nampak cantik dan lembut.Bagai berjanji dengan tema bilik pengantin pulak! :P

Harga menjadi isu rupanya. Kadang-kadang dengan harga kurang RM2 ribu, sesetengah butik dah boleh dapat persalinan lengkap aksesori dengan pelamin lagi, tapi kat butik ni cuma dapat persalinan tadi bersama aksesori dan makeup sahaja, tapi bagi saya amat memadai memandangkan pekerja tu kata baju tu memang belum pernah dipakai oleh sapa-sapa lagi. Baru baru! Namun bagi abang saya, tak berbaloi. Pikir gak camne cara nak bagi abang saya setuju sebab dari gaya dia cakap, dia cam 50% nak baju tu, cuma 50% aje cam takmo sangat pasal harga.

Akhirnya, saya cakap kat abang saya, apa kata K.Rina dan dia sama-sama pakai baju tu, tengok camne rupa baju tu kat badan. Tengok cantik tak pada ketinggian mereka, pada warna kulit mereka, sebab kadang-kadang, baju ni bila kat hanger dan patung, memang la cantik. Tapi bila kena pada badan pemakai, hai memang serba serbi tak kena (belajar dari pengalaman baju-baju banyak terperap kat dalam almari pasal baju-baju tu lebih cantik di hanger dari di badan :P)

Lepas diorang pakai, diorang sama-sama berdiri depan cermin, terus aje diorang setuju amik baju tu! Saya memang suka (bukan pasal saya penat berjalan) tapi pasal kombinasi warna pada baju tu cantik dan unik. Susah nak gambarkan. Tapi mungkin ni perasaan K.Rina..

Bakal pengantin mesti akan ada perasaan "OMG, this is THE ONE!!"

Cam tu kot K.Rina rasa.

Tips hari ni: Pasangan kena dua-dua cuba baju tu siap-siap dan diri depan cermin. Kalau ada perasaan seperti di atas, persalinan tu adalah "THE ONE"

Oh ya, kadang-kadang muka kurangkan sikit malu untuk minta itu dan ini. Saya saja cuba nasib, tanya kat pekerja dia, boleh tak lepas makeup semua, nak amik gambar di pelamin di butik ni. Mereka kata boleh.. yeay :P Memandangkan majlis tu nanti tiada pelamin, maka sekurangnya gambar kat atas set pelamin sewa kat butik ni pun jadi la..

Perkara penting: gambar di Internet tak dapat menyampaikan lusuh atau lunyainye kain persalinan. Hanya kehadiran secara fizikal aje dapat menentukan. Yang penting, pastikan harga pakaian sepadan dengan mutu pakaian.

Selesai sudah isu baju persalinan.

Sekarang cuma berdoa, segala musibah dan drama tentang butik pengantin yang saya dok baca dari Internet, tak berlaku pada majlis abang saya.

InsyaAllah.

Giler takut ooooo

Doakan semuanya selamat InsyaAllah

Lepas ni, boleh la K.Rina tidur lena.. Tapi abang saya la yang akan tak lena fikirkan baki bayaran. hehehehe


29 Julai 2009

28 July, 2009

Siku Tak Buruk



Salam dan Hai

Nak tanya pendapat berdasarkan dialog dibawah

Abang saya: Ni nanti dah bagi barang hantaran tu, jangan la rak-rak tak dipulangkan
K.Rina: Mana boleh. Dah bagi, mana boleh amik balik
Abang saya: Yang aku bagi barang aje, tak termasuk hiasan.. Rak kayu semua tu pulangkan. Dengan bunga palsu pun aku minta. Kang aku jaga depan pintu, make sure sedara mara ko takde rembat
K.Rina: Buruk siku la tu abang..
Abang saya: Buruk tak buruk. Kang aku beli tray mahal-mahal, korang amik gi buat isi bawang lak!

p/s: Walaupun perbualan abang saya nampak cam kasar, tapi sebenarnya memang cam gitu dia gurau dengan K.Rina


Persoalan saya, apa pendapat korang tentang isu pulangkan rak ke, tray ke, dulang ke.. semula kepada penghantar?

Bagi saya, isu pulangkan semula ni bukan la isu baru. Saya takde masalah dengan hal itu. Sebab biasanya, bahagian yang diminta dipulangkan adalah sesuatu yang berharga. Jadi perlu tolak ansur. Mungkin adalah melampau kot kalau yang diminta pulangkan adalah bekas plastik empat segi. Tapi kalau la bekas tu adalah tembaga, mahupun bentuk fizikal cam mini congkak, hati sapa tak sayang kan?

Masa salah seorang kawan saya berkawin hari tu pun, dia ada bertanya, boleh ke kalau dia minta balik beskal ni dari keluarga lelaki?


Jawapan saya mesti la boleh! Sayang tu, kenangan buat hantaran sendiri buat suami.. mesti la nak simpan jadi kenang-kenangan..

Tapi tak pasti, adakah dia berjaya mendapatkan semual beskal ini?

Sudah la zaman sekarang ni, ramai pengantin gunakan khidmat buat gubahan hantaran yang rata-rata, perkakasannya boleh disewa daripada penggubah tu. Sudah pasti bekas-bekas tu perlu dipulangkan.

Apa pendapat korang?


28 Julai 2009


Pikat Bakal Kakak Ipar


Salam dan Hai

Cara nak pikat hati bakal kakak ipar

1. Pastikan bagitau dia awal-awal yang kita takde niat nak overshadow dia.
2. Pastikan bagitau dia yang kita berkerja dengan kuat hari tu, maka takde masa nak melaram sangat dengan muka berpeluh-peluh, sambil jinjing beg video.
3.Pastikan bagitau dia yang kita sibuk sampai takde masa nak cari baju untuk majlis dia. Maka minta kawan tolong belikan. Sentiasa ingatkan yang baju kita, kawan yang belikan. Kita tak tau apa-apa pun. Terima dengan redha
4. Pastikan memang kita jangan overshadow dia pada hari majlis.Tak perlu berlagak ayu. Tapi kena bekerja keras!
5. Paling penting dan takde yang lebih penting, pastikan dia tau kita adalah project manager dari mula majlis dirancang sampai selesai. Dari hal dewan, berkat rombongan perempuan, kad kawin, fotographer, serba serbi kita tolong dia untuk majlis itu. Dia pasti akan memaafkan kesalahan kita kerana kita telah banyak berusaha bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan selamat

Sebab baju pilihan kawan saya tu, mampu buat Kak Rina meracau ni :(


Indon marrrii. tapi takmo batik. Hanya beli baju top jenis net, penuh labuci (giler berat baju ni). nak pakai dengan dress cam kat bawah ni



Dah beli takkan tak pakai.. Dah tak sempat dah ni nak cari baru ni Kak Rina
28 Julai 2009

Restu Rezeki


Salam dan hai
Sebagai orang Jawa Johor, ada sedikit bangga mewarisi telur pindang.


Walaupun saya memang tak makan telur pindang, tapi masa mula-mula tengah bincang nak bagi apa sebagai buah tangan tetamu, memang saya terus senaraikan telur pindang di senarai teratas! Masa abang sulung kawin dulu pun, memang bagi telur pindang pada semua tetamu.

Tapi untuk perkahwinan abang kedua ni, disebabkan sedar diri dengan faktor tenaga kerja yang tak seberapa dan sedara mara semua kat Johor, tambahan tak sampai hati nak libatkan Makcik Dah buat telur pindang pasal anak dia pun dah nak kawin, maka kami sekeluarga amik keputusan yang telur pindang tak praktikal untuk family kami.

Akhirnya ayah putuskan nak amik kek dari satu syarikat ni. Mula tau pasal kek ni masa hadiri majlis sedara di Cheras. Rasa aje, terus jatuh cinta. Serius, memang bagi saya kek dia sedap. Selalunya takde la heran sangat dengan kek tapi sebab kek dia besar, jadi saya rasa riang sangat.

Malangnya, syarikat ni takde wujud di Internet, maka nak google cari maklumat memang susah. Nasib kat kotak kek tu ada nombor untuk dihubungi, terus call dan dapatkan serba sedikit maklumat yang penting. Rupanya baru tau, selain kek, dia ada jual cupcakes dan bahulu. Ada la beberapa kategori makanan yang Restu Rezeki ni jual.

Ayah terus set pergi Jumaat lepas ke Shah Alam untuk food testing. Awal-awal lagi saya dah pesan, minta amik lebih-lebih sebab saya nak bagi family keluarga teman lelaki saya untuk rasa. Memandangkan kami berdua rancang untuk buat majlis serentak, maka kena la dapatkan persetujuan bersama apa yang nak diberi.
Lepas puas ati dengan rasa kek tu, ayah terus order dalam 1000 unit kek. Ayah amik kek berbentuk bahulu, tapi bukan perasa bahulu. Gemok sangat bekas dia sebab kek dia pun gemok.
Gemok macam gambar kat bawah ni
Harga sekotak dalam RM2.10. FOC penghantaran. Ada dua jenis warna kotak. Tema abang saya ungu, jadi macam jodoh pulak kotak warna ungu!Yang penting, insyaAlah kalau takde halangan, takmo terkocoh-kocoh nak sediakan apa-apa lagi. Terus aje hulur pada tetamu yang datang.

Pada yang berminat nak cuba, boleh hubungi alamat ni:
Restu Rezeki Enterprise
Lot 3720,Lorong Haji Shoib,
Batu 7 Jalan Kebun,Seksyen 30,
40460 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-51616586HP : 010-2431312/017-2293329
Fax :03-51210177


Lebih maklumat, klik di sini

Sejujurnya, pada mulanya kurang setuju dengan pemilihan buah tangan ni yang pada pendapat saya, agak mahal. Walaupun rasanya memang sedap, tapi bagi saya dengan harga kos sekotak sebegitu, jumlah kos untuk buah tangan aje dah sampai RM2 ribu.

Tapi ayah saya ada prinsip sendiri. Dia sedikit pantang, kalau pengantin nampak glamer dan serba serbi mewah, tapi penyediaan meraikan tetamu ala kadar, memang ayah saya kurang gemar.

Bagi dia, walaupun diraikan pengantin, tetamu yang dijemput datang beradat, membawa doa membawa berkat, jadi harus iringi mereka sebaiknya.

Tapi sampai skrang masih tak dapat 'get along' dengan prinsip meraikan tetamu bagi ayah. Setiap kali raya, mesti gaduh pasal open house, mesti sampai menjela senarai lauk ayah sediakan sedangkan saya nak simple aje dan senang dihidang.

Apa-apa pun, dalam penyediaan buah tangan untuk tetamu, kena fikirkan banyak faktor-faktor langsung dan tidak langsung. Kalau tenaga kerja tak ramai macam keluarga kami, mungkin kena 'sub-contract' kepada orang luar. Tapi apa-apa pun, jangan ketepikan kos dan ikut kemampuan masing-masing. Ingat, budget jangan lari. Parah nanti!

Oh ya, hal berkenaan nak bagi mak si dia rasa..

Keputusan: Mak dia sangat suka sebab sedap dan tak muak.
Penamat: Gaduh dengan si dia pasal dia takmo caya cakap saya yang kek tu sedap. Tapi lepas mak dia kata sedap dan setuju untuk gunakan kek tu untuk majlis kami (insyaAllah), baru dia puji.


28 Julai 2009

27 July, 2009

Si Pelik


Salam
Saya kira, tentu seronok dan senang hati bakal pengantin bila ada orang yang nak menolong kita, nak sponsor itu, nak bagi itu--semua tanpa bayaran..
Tapi sedikit jelik bila:


Situasi begini:
Dia mengatakan dia jenis yang suka menggembirakan orang lain dengan berbuat amal jariah tanpa niat untuk menunjuk, jauh sekali menghitung pahala. Jadi bila orang mengatakan mengesyorkan sesuatu disebabkan pahala, dia rasa terganggu kerana dia bukan begitu orangnya. Dia menegaskan, kita sebagai manusia, takleh harapkan pahala sebagai balasan.

Komen saya:
Bagusnye, ada prinsip hidup begitu.
*tepuk tepuk*


Adengan seterusnya:
Tapi.. sempat mengatakan hakikat yang dia memang ikhlas nak buat amal tu.

Komen saya:
Ok, kalau betul tak harapkan pahala dan menyampah bila orang dok komen pasal pahala, ngapa perlu tekankan perkataan ikhlas? So kamu mengharapkan reaksi bagaimana dari orang ramai?

Yang kamu langsung tak harapkan pahala, tapi nak pastikan semorang tau kamu ikhlas?

Adakah ayat penyata dia tu sama macam dalam tv waktu siaran berita perdana, masa syarikat besar bagi derma dengan cek gergasi. tinggi separuh daripada badan saya, sambil memberi jawapan pada pertanyaan wartawan,

"saya tak harapkan pahala, tapi saya ikhlas nak buat ni semua"


Ok, untuk usaha memberikan ayat penyata yang mengkaburkan, mari kita buat ombak!

ommmbaaakkk


ntah sapa nye gambar dapat dari Internet. google * buat ombak* dan gambar ni yang keluar. nasib badan la tuan empunye gambar. harap halal


Jujur, memang cukup pelik dengan orang semacam ini. Apatah lagi menggunakan medium supaya semorang tau dia annoyed bila orang kata kebaikan tu akan dapat pahala, tapi dia akan pastikan semorang tau tindakan dia teramat ikhlas.

Tapi kenal manusia macam ini, bagus juga. Buat saya berfikir sentiasa :)


p/s: oh ya, derma-derma yang melibatkan syarikat besar dan amount duit yang besar perlu dibuat begitu untuk dapatkan pengecualian cukai.


27 Julai 2009

Banner ke Bunting?


Salam dan Hai

Semalam abang saya tanya pendapat saya

Abang: Ayah suruh aku fikir buat backdrop dewan la
S
aya: Backdrop? untuk apa? tutup aje dengan langsir ye sudah!

Abang: Eh backdrop ke apa ye yang ayah suruh aku fikir?
Saya: Ke pasal banner?

Abang: Ha, ye la kot.. ayah kata yang rentang-rentang tu!
Saya: Oooh, maksud ko, banner ye? ke bunting?

Abang: Ha.. ha'ah, aku ada dengar ayah sebut banner.. Antara dua tu la kot. ayah suruh aku decide nak ke taknak. Ko rasa perlu ke?
Saya: Ko ada budget tak?

Abang: insyaAllah ada. Tapi nak banner ke bunting ko rasa? Kalau ko jadi aku, ko pilih mane?
Saya: Dua-dua aku taknak. If aku jadi ko, aku akan amik gambar pre-marriage ke, aku print gambar tu besar-besar. Then print dan letak kat pintu masuk kat cam tempat melukis yang pelukis selalu ada tu. Nak tambah poyo, if aku sampai dengan suami aku, aku akan sign kat gambar tu- macam artis-artis tu selalu buat. Atleast tetamu ada la tempat lagi nak bergambar. Lepas majlis, boleh la ko tampal gambar tu kat rumah. If bunting, ada ke ko nak letak kat rumah ko?

Abang: Ha'ah la.. ye tak ye jugak! cara tu!
Saya: Ko cara-cara.. tapi aku suruh ko booking fotographer dah buat??
Abang: Nanti la aku buat. Aku nak drift kereta dulu petang ni..


hai abang saya ni, ntah bila la nak booking fotographer..

Maaf, taakde niat nak cederakan perasaan sapa-sapa yang pernah buat banner atau bunting masa kenduri mereka, cuma ini pendapat dan pilihan yang saya buat.

Sesuatu yang insyaAllah kalau ada rezeki, saya teringin nak buat ..



27 Julai 2009

25 July, 2009

Dugaan Nak Buat Benda Baik


Salam dan Hai

Kadang-kadang bila kawan-kawan saya bertunang, saya memang akan happy sangat-sangat. Teruja yang amat. Tengok diorang berseri pada majlis tunang mereka, haaaii memang priceless.

Tapi rupanya, kadang-kadang, senyuman manis tu hanya sekadar di luar.

Saya nak kongsi beberapa isu tentang dugaan nak buat benda baik ni, memang berjela.

Isu Hal hantaran.

Simpati panjang saya dengan seorang kawan ni. Ada sahabat mengadu pada saya. Riak muka dia tak penah nampak macam dia makan hati dengan sikap sesetengah orang (patutnya digelar kawan, tapi perangai semacam tu tak perlu dipanggil kawan) yang pertikaikan sesuatu berkenaan hari pertunangan dia. Kesian dia, isu cincin dia takde batu dan persoalan kenapa bukan white gold, semua lancang diutarakan oleh orang-orang yang dia anggap darah paling dekat.

Percaya la, isu berkenaan hal-hal sensitif tak perlu dibincangkan dengan terbuka. Jaga la air muka pengantin. Berbaloi ke sebaris ayat soalan yang berlegar kat kepala kita dibayar dengan merampas kegembiraan bakal pengantin? Tak perlu disoal siasat cincin jenama apa, wang hantaran berapa.

Dulu pun, saya agak lancang bertanya soalan tu tanpa fikirkan impak soalan tu pada perasaan bakal pengantin. Alasan saya, sebagai persediaan/ survey dahulu. Tapi saya belajar memahami hati mereka yang berkaca tu.

Isu jemputan

Mana-mana bakal pengantin pun, senarai jemputan aje sudah memeningkan kepala. Ada orang, walaupun tak dapat jemputan bertunang pun, waaah sudah bagaikan mengumumkan perang dunia ketiga dengan bakal pengantin! Merajuk konon tak dijemput..

Berkongsi satu cerita tentang seorang sahabat yang tabah dihujani soalan-soalan bagaikan edisi Terjah di Melodi! Masa dia bertunang, ada yang lancang bergurau kasar

"asal ko tak jemput aku? takut makanan tak cukup ke?Kalau tak cukup aku boleh bawakan beras"

Hati mana tak terkedu bila dengar? Berdesing telinga.

Gurau ke tu? ko ada nampak aku gelak??

Masalah lain dihadapi oleh seorang sahabat rapat, juga isu berkenaan jemputan. Kawan yang dah entah bertahun tak bertegur, yang buat-buat tak nampak dirinya online di YM, entah angin apa, laju aje mereka bertanya khabar dan mulakan ayat

"dengar kata nak kahwin? Tak jemput pun?"

Adakah disebabkan kita kenal ramai orang, kita tak boleh pilih siapa nak dijemput dan tak perlu dijemput? Takut nanti ada yg kecik hati plak dan terasa diri tak dihargai?

Kalau benar perkahwinan itu perlu dihebahkan, sudah terbukti sudah dihebahkan dan dimaklumkan, maka jika tiada jemputan susulan menyusul, adakah kurang syaratnya?

Kalau kau tak tau nama penuh aku, usah nak bermanis muka. Pintu keluar terus dihadapan.

Isu Majlis

Biasanya, keluarga bakal pengantin pening kepala nak putuskan barang apa nak bagi tetamu. Cukup ke dengan telur? nak bagi dalam goodie bag ke? Tapi baru-baru ni seorang sahabat berkongsi isu panas atinye dia dengan seorang berpelajaran tinggi dalam agama, yang tak setuju tetamu yang datang, perlu diberi apa-apa makanan atau hadiah sebagai buah tangan.

Pembaziran kata dia.. Pelik kan? tapi begitu la katanya.

Dia bangkang bagaikan tak bertepi, siap diperli orang-orang yang pernah dengan rendah hati, menjemput beliau ke majlis kenduri, betul-betul di depan kehadiran mereka.. Hati mana tak tersentap kan?

Tak cukup ilmu di dada untuk saya pertikaikan isu bazir atau tak. Tapi bagi saya sekeluarga, cukup la kalau dijamu orang yang datang dan dibekalkan dengan buah tangan (tak kira dalam apa juga bentuk) dengan niat bersedekah, isu bagaimana tetamu menghargai pemberian saya, wallahualam.

Yang penting, nawaitu kami jelas dengan-Nya dan bukan untuk bermegah-megah. Tak perlu untuk kami menjelaskan niat kami pada tetamu. Kalau rasa kami seolah bermegah, mungkin kamu yang patut cuci hati tu bersih-bersih.

Don't judge us, you're not God.


Hai, memang besar dugaan nak buat benda baik ni.. Nak ikut sunnah Nabi pun, berbagai cabaran kena tempuh.

Memang agaknya ditakdirkan saya tak tunang supaya tak tempuhi hal semacam ini kot. Kalau saya ditempat mereka, tak tentu lagi saya ada kesabaran mereka, masih boleh tutup rapat-rapat didih di hati. Untuk itu, saya cukup hormat mereka!

Haii.. dengan mulut celupar cam saya, mesti saya akan lazer balik tanpa fikir panjang, tanpa fikir air muka makayah saya. dengan tujuan hanya satu --

on yo' face makcik!!!

Haiii.. nak buat benda baik ni, memang syaitan dok kacau!


25 Julai 2009


Nilai 3 Diserang Xora


Salam


Ok, akhirnya selepas dengar berbagai kata pujian tentang Nilai 3 tentang betapa murahnya barang kahwin kat sana, jadi saya dan ibuayah pun pergi ke sana. Walaupun meraban bawa kereta sebab tak pernah gi, tambah dengan signboard Nilai 3 yang merepek dan tak kena kedudukannya, akhirnya sampai juga ke Nilai 3..

Tempat yang teramat luas.. Memang untung la kedai yang kedudukannya paling awal kami jumpa sebab kami terus aje pergi ke kedai pertama. Selepas mendera amoi kedai langsir tu dengan menetapkan, semo barang kami, kena harga RM10 (simpati tengok amoi tu terkejal-kejal bila ayah saya menawar) , akhirnya berjaya juga beli langsir dan kain ela untuk ibuayah dan adik saya.

Kemudian kami ke kedai Thank Q rasanya, beli barang-barang untuk majlis abang saya dan keperluan hiasan barang hantaran.

Total semua barang hampir RM600++ juga dihabiskan untuk seharian di Nilai 3, dengan senarai barang yang teramat panjang nak disenaraikan, lebih panjang dari permintaan Puteri Gunung Ledang ok.

Yang paling buat saya suka, white english tray idaman saya berjaya dijumpa. Memandangkan harga biasanya dalam RM19 untuk yang kecik, disebabkan diskaun maka dapat dalam RM14.. Memang amat happy! Yang paling besar pun dapat RM22! Suka suka!!


Kalau pun ada yang murah, pejam aje la mata sebab mungkin rezeki saya dapat pada harga itu aje. Pejam mata pejam mata Xora..

Tapi sedikit frust pasal ada jumpa cam kat bawah ni tapi banyak yang dah patah-patah rangka dia dan warna cat tak sekata. Kawan saya kata, tunang dia beli kat Semua House. Tapi memandangkan nak settle hari ni, maka saya beli aje bakul besi warna silver. Nanti la fikirkan cara nak gubah macam mana.



Mengingati tips dari kawan saya bernama Chika ni, dia kata kalau rombongan kena pergi jauh, dia cadangkan beli sesuatu yang menyinar atau 'tabur-tabur' (istilah dia) untuk diletak kat atas barang hantaran. Naik seri sikit dan paling penting, tak susah nak gubah.

Saya beli white english tray ni pun pasal memudahkan nak susun barang hantaran. Main susun kat tepi aje pun dah cukup ok kot. Pasal saya takmo gubahan tutup barang hantaran sampai tak nampak apa yang dihantar. Maka white tray ni penyelesaian.

Ni la 'tabur-tabur' yang Chika suruh beli. boleh letak tepi bunga atau atas barang hantaran. Disebabkan batangnya dawai, jadi senang nak lentokkan. Harga dalam RM2.50 se-- apa ye penjodoh bilangan benda ni.. serumpun? ke sedawai? erm.. tak kisah la, tapi harga satu RM2.50. Saya beli 4 aje, total RM10 sebab white tray tu pun cuma beli 4 je sebab lagi 3 barang hantaran, tak sesuai pakai white tray ni.





Nak tunjuk sikit gambaran setelah menggabungkan barang-barang yang saya beli

tanpa flash


dengan flash

takde beza pun, cuma nak gak letak dua-dua gambar sebab excited! Kemudian, abang saya pun balik dari kerja. Lega giler bila dia pun amat suka dengan idea dan barang yang saya beli. Best sangat. Dia siap kata "takpe, aku percaya dengan taste ko". Kalau dia tak cakap pun, tengok reaksi muka dia masa kali pertama tengok dulang tu semua pun, dah dapat agak yang dia suka.

Alhamdulillah :)

Terus tak terasa penat. Kalau nak suruh tawaf satu Nilai 3 pun larat lagi ni. hihi

Sekarang, cuma tunggu barang-barang hantaran yang dia akan beli esok insyaAllah. Tak sabar nak buat gubahan tapi ayah kata tunggu la dulu. Karang buat awal-awal berhabuk pulak.

Memandangkan perjalanan ke Terengganu tu jauh, baik kami bagi tepak sirih daripada minta keluarga Terengganu buatkan sirih junjung, takut mereka pun sibuk dengan persiapan kenduri sendiri kan (sebenarnya saya amat particular dalam hal keseragaman tema :P). Bekas tepak sirih cam masa kawan saya bertunang hari tu. Saya suka! Sebab zaman sekarang dah jarang bekas tepak sirih ni digunakan.



Mungkin bila-bila, akan minta ayah gi cari bekas tepak sirih macma kat bawah ni. Warna putih gading pun cukup, tak perlu kemasan emas, kemudian boleh hias dengan jerujai warna ungu. Bunga di atas penutup, memang best. Kemudian boleh recycle balik untuk masa saya pulak --- kalau belah sana tak amik terus barang-barang hantaran.. huuuuuu



Lagi tertinggal, kain scallop untuk bilik pengantin. nak cari paling murah antara yang murah sebab hanya untuk hiasan, bukan nak dodoikan pengantin kat kain tu pun

Bunga untuk barang hantaran memang belum beli sebab nak bawa Nity sama-sama cari 2 Ogos nanti.. Yeay, girls day out!

Ni baru majlis orang, saya dah camni excited. Kalau majlis saya, mahu terbalik Nilai 3 saya kerjakan agaknya :P


25 Julai 2009,

22 July, 2009

Warna Warni


Salam dan Hai

Masih berhempas pulas fikirkan kaler apa untuk sanding.

Kemudian terjumpa website ni
http://theperfectpalette.blogspot.com/


Tapi masalahnya, dari takde pilihan, sekarang dah terlalu banyak yang berkenan..

Balik semula kepada kosong :(

Booking Katerer


Salam dan Hai

Ok, patutnya dah lama update tentang hal booking katerer. Hal ni dah selesai kira-kira 2 minggu sudah. Tapi belum sempat hendak ditulis secara terperinci.

Ayah dah booking katerer. Dia berkenan dengan makanan katerer ni masa dia gi majlis kawin anak kawan dia. Abang encik pemilik (terlupa nama dia sapa) memang sangat baik. Dia siap cadangkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Dia kata, dia akan tolong sebolehnya kurangkan kos untuk majlis. Yang penting, kurang kos sebab dia faham, mana-mana pengantin pun mahu potong kos untuk majlis.


Ok, berikut adalah senarai tempahan ayah.

Menu untuk 1000 tetamu
1. Nasi putih (10%) dan Nasi Briyani
2. Ayam goreng rempah
3. Daging masak something
4. Acar buah
5. Dalcha sayur
6. Buah oren dan tembikai
7. Air sirap limau

Tambahan
1. Bubur kacang
2. Tapai
3. Teh tarik

Kelengkapan lain
1. PA system & DJ
2. 240 Sarung kerusi dan riben
3. Arch
4. Red carpet 90 kaki

Pakej ni termasuk
1. Pinggan mangkuk untuk tetamu
2. Pelayan buffet
3. Pelayan Meja rombongan perempuan (ayah takmo guna istilah VIP)
4. 240 kerusi plastik, 24 biji meja
5. 4 set meja rombongan perempuan
6. Lauk pengantin
7. Hiasan meja pengantin
8. Meja bulat dan alas meja
9. Kek pengantin 2 tingkat

Untuk semua perkara di atas, harga adalah RM16 ribu.

Tak tau la murah ke tak.. sebab bagi saya takde la murah, belanja kawin mana ada murah. Cuma bagi saya, saya ingatkan lebih mahal dengan demand yang macam-macam. jadi bila dapat harga 16k, saya cam teruja lak..

Korang rasa murah ke mahal ye harga camni? Rasanya standard kot kan?

Oh ya, memandangkan kek tu cuma dua tingkat, insyaAllah saya nak buat cupcake untuk diletak di tingkat paling bawah.. maka kek jadi la 3 tingkat! :)

Oh ya, tema majlis adalah ungu-putih!

20 July, 2009

Impian Ibu


Salam dan Hai..

Saya kurang dapat tangkap perkara yang berlapik.

Kejadian 1:
Ibu: Nanti kawin, taknak pakai songket ke?
Saya: Takmo la, panas
Ibu: ooooo..

Kejadian 2:
Ibu: Dynas pelakon tu, rupanya dia pakai songket sebab ayah dia nak dia pakai songket.
Saya: Tak mo songket, panas!
Ibu: oooooo..

Kejadian 3:
Ibu: Ei, songket tu lawa la.. takmo ke?
Saya: Takmo songket la Ibu, tak suka.
Ibu: ooooooo...

Kejadian 4:
Ibu: hari tu ibu gi majlis kawin, songket merah pengantin tu lawa gak
Saya: Songket tak best la Ibu
Ibu: ooooooooo..

Bila saya cerita kan pada teman lelaki, dia yang kata "Agaknya Ibu nak tengok B pakai songket kot?"..

Sekarang saya pulak yang kata " oooooooo.."

Rupanya ibu saya ada impian inginkan anaknya kahwin dalam songket
..

then, i saw this and i fell in love

rinssuzana-- kalau ada rezeki, insyaAllah nak amik sini :)

tapi warna dia ungu.. takmo recycle warna abang saya :( TIDAAAAAAKKKKK

19 July, 2009

Tulisan Jawi


Salam

Sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama pembaca. Pada bekas-bekas pengantin baru, takpe la kalau terbuat perkara di bawah. Tapi kepada bakal-bakal pengantin, mungkin artikel ni boleh memberi perspektif berlainan. Tapi kesudahan tindakan tu, terpulang pada diri.

Yang penting, peranan saya menyampaikan sudah dilaksanakan.

Saya pernah dapat diemail. Tapi masa tu tak terfikir nak simpan (pasal saya tak terfikir ada orang nak kawin dengan saya pun :P).

Hal berkenaan penggunaan tulisan jawi dalam kad kahwin.

Tulisan Jawi ni adalah khazanah orang Melayu. Pak arab sekali pun, takkan tau membaca tulisan jawi kita sebab tulisan jawi tu dicipta oleh orang dulu-dulu, seiring dengan penggunaan bahasa melayu kita.

Memang penggunaan tulisan Jawi unik dan tradisi orang Melayu. Sedangkan nama jalan dan papan tanda pun ada pakai tulisan Jawi.

Tapi, disebabkan terpana dengan cantiknya kerawang tulisan Jawi ni, kita lupa yang tulisan jawi ni diambil daripada tulisa dan huruf di dalam alquran. Tulisan Jawi adalah tulisan Al-quran

Nampak hal isu remeh aje kan?

Kad raya pun pakai tulisan jawi apa, boleh aje jual!!?

Takde sapa kata tak boleh jual. Ada permintaan, ada la yang menjual. Kita pun ada terima kad kawin dan kad raya pakai tulisan Jawi. Tapi kita kena ingat, kesudahan kisah hidup "Aku Sekeping Kad Kahwin", karya wajib budak sekolah rendah biasanya, akan ke tong sampah juga.

Walaupun perkataan "Assalamualaikum" pun seeloknya jangan ditulis dalam tulisan jawi. Cukup tulis dalam tulisan rumi sebab dikhuatiri dipijak atau dibuang. Seingat saya, masa abang saya kahwin dulu, kad kahwin dia untuk orang bukan Islam, dia terpaksa tutup perkataan "Assalamualaikum" bila kad tu diedarkan kepada bukan Islam.

Sebab tu kad kahwin dulu-dulu selalu ditulis Walimatururus.

Perlu diingat, bukan isu keberkatan majlis kahwin tu terletak pada kad kahwin tu. Berkat datang dari Allah, bukan datang dari kad kahwin, tak juga dari takutkan orang ngomel kat belakang maka majlis tak berkat.

Bakal pengantin sekalian, sila jangan alpa tentang hal penting ini.

Kalau ada yang tak sama pendapat, terpulang. Tak kisah. Pilihan masing-masing. Buatla pilihan yang bijak.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Perarakan Pengantin


Salam dan Hai

Baru-baru ni saya ada undangan majlis perkahwinan di MAEPS.



Warna tema majlis sanding tu-- hampir-hampir Tiffany's Blue- warna idaman seorang sahabat rapat saya. Warna ni masih baru lagi dalam tema majlis kawin orang Melayu.


Kalau saya katakan pada dia, warna biru laut, dia akan kata "NO, it's Tiffany's Blue OK..!". Dia tak terima jawapan warna turqoise sebagai kata ganti juga.

Ok, tak penting apa sekalipun isu perbalahan warna tu.

Cuma sesuatu yang saya nak kongsi di sini. Perkara yang saya belajar dari amatan mata yang berlensa lekap dengan kuasa 300 ni sepanjang majlis-majlis sanding yang pernah saya hadiri.

1. Elakkan meletakkan walkway atau flower stands atau sangkar burung terlalu banyak disepanjang red carpet. Memang cantik. Tapi saya dah banyak kali nampak tetamu dan pekerja yang menjatuhkan pasu walk away, terutama masa pengantin nak berarak, semua teruja menyerbu ke red carpet, maka terlanggar la flower stands tu. Kalau ada budak-budak hyper aktif, lagi la bertambah dasyat. Kadang-kadang, dengan arch pun boleh tumbang ok! Kalau nak sangat letak pun, mungkin boleh letak di pintu masuk atau di penghujung red carpet, atau di hujung tangga naik pentas, di mana-mana yang kamu rasakan kurang potensi untuk dilanggar atau tempat yang kurang lalu lalang tetamu.

2. Kalau ada flower girls dalam episod perarakan, pastikan mereka jalan tidak terlalu dekat dengan kamu. ini bagi mengelakkan mereka overshadow kamu sebab mana-mana orang pun akan teruja melihat flower girls yang amat la comey! Pastikan mereka jalan di depan dengan jarak sederhana dari pengantin. Begitu juga kalau ada dayang-dayang dan hulubalang. Pastikan mereka berjalan dengan jarak selamat di belakang pengantin.

3. Seorang sahabat berkongsi pengetahuan daripada satu sesi ceramah yang dia pergi. Perarakan pengantin tak elok diringi dengan kumpulan kompang yang mendendangkan bacaan selawat ke atas Nabi. Memang niat untuk menyelitkan unsur keagamaan tu satu langkah yang murni, tapi kita kena ingat, selawat ke atas Nabi tu, hanya untuk junjungan kita Rasulullah. Siapa kita/ pengantin tu untuk mendapat darjat setinggi Rasulullah S.A.W? Kalau benar hendak selitkan unsur keagamaan, biar pengantin duduk sopan di pelamin/ meja beradab, baru la dibaca doa dalam keadaan semorang bersedia, tanpa gangguan bunyi-bunyi bagai. Kan itu lebih afdhal, kawan?

4. Elakkan pilih pelamin yang bersambung-sambung antara satu sama lain. Maksud saya, ada ikatan kain-kain rentang yang menyambungkan tiang-tiang pelamin tu (kalau jenis pergola dan berkubah bagai) bagi mengelakkan pelamin anganmu tumbang. Serius, saya dah pernah tengok pelamin tumbang dek rupa pelamin sebegini. Yang cantik pada mata, tak tentu kukuh pada binaannya. Pastikan ada ruang yang cukup untuk tetamu bergerak dan bergambar dengan pengantin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

5. Jangan berjalan terlalu laju wahai bakal pengantin, tak kisah betapa kamu lapar atau betapa tak sabarnya nak duduk di atas pelamin..!! Tak semuorang ada camera DSLR dan takde siapa nak simpan gambar yang tak jelas dengan imej seolah-olah macam cerita hantu Korea. Berjalan dengan keyakinan dan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, dan biarkan tetamu dapat mengabadikan gambar kamu di kamera mereka. Pandang tetamu-tetamu yang beratur ditepi kamu, hadiahkan senyuman yang paling manis untuk mereka.


Kalau ada lagi perkara lain terlintas, saya akan tulis lagi ok? :)

17 July, 2009

Cerewet Jangan Sampai Tercirit


Salam dan Hai

Rasanya, rata-rata yang nak berkahwin, mesti impikan sesuatu yang gah untuk majlis perkahwinan masing-masing. Takde niat di hati nak berlagak, tapi impian tetap impian. Cukup untuk puaskan hati masing-masing. Maka bermula la persediaan dan segala pra yang terperinci di canang, disenaraikan. Niat di hati satu sahaja, semoga yang dirancang jadi kenyataan.

Sapa yang tak mahu impian jadi kenyataan? Apa tah lagi kalau kita mampu.

Rugi la kalau tak cuba realisasikan.

Mulut kita asyik kata, "kita merancang tapi Allah yang tentukan", dalam nada yang sebenarnya takde la ikhlas sangat, tapi untuk sedapkan hati dan takut-takut kalau impian tak jadi kenyataan, sekurangnya orang yang mendengar tau yang kita tak bersalah, cuma takdir tak mengizinkan.

Redha cap plastik jajan.

Tapi kesudahannya, terdetik:
"Ha, terlaksana pun impian aku!"
"Aku memang dah lama nak wedding camni"
"bestnya impian tercapai!"

Disebabkan sifat cerewet, kadang-kadang mulut terlepas berkata
"aku takmo makeup bridal tu, cam kampong!"
"pelamin kat butik tu tak sesuai la dengan tema aku"
"Aku orang yang pertama tau pakai koleksi ni"

Angkuh dalam keadaan separa sedar.

Mamai-mamai ubat selsema la lebih kurang.

Saya banyak baca blog perkahwinan. Membaca impian mereka untuk bergelar raja sehari. Seronok berkongsi impian mereka. Pelbagai khabar dan rancangan dicanang. Saya pun boleh dapat idea! Niat mereka cuma satu--ingin berkongsi dan bertanya pendapat dengan pembaca mereka.

Tapi sayangnya, bila ada rancangan yang dicanang-canang, tak menjadi baru la masa tu redha dan sedar diri, terlupa tak dinyatakan "dengan Izin Allah", "InsyaAllah kalau ada rezeki", "Aku harap Allah izinkan aku"

Mungkin terlalu rasa teruja sampai terlupa lafaz "kun fa ya kun"?

Abang saya berkongsi satu cerita. Mungkin dia nak saya beringat jangan terlalu cerewet menguruskan perkahwinan abang saya yang kedua tu.

Cerita pendek aje, jangan berhenti membaca

" Ada salah sorang boss aku ni. Dia tu memang jenis jaga standard tau. Cerewet tu memang sifat dia la. Dia cite kat aku masa tengah borak-borak pasal majlis kawin. Dia kata "Mana-mana majlis kawin pun, takkan dapat lawan grand majlis kawin aku". Aku pikir, ahh dia dah mula dah... Then boss aku sambung, "masa majlis kawin aku, makanan tetamu semua basi".."


*bunyi cengkerik

saya tanya pada abang saya apa terjadi seterusnya. Abang saya kata, soalan tu hanya sesuai ditanya kalau abang saya dah takmo kerja kat Petronas lagi. Tapi abang saya kata, boss dia ada kata, masa sesi food testing tu, memang dia cerewet dan mana yang dia rasa tak kena dengan rasa lidah dia, terus dia tolak tepi.

Kesudahannya, masa majlis kahwin dia, makanan yang dia pilih yang kononya menepati citarasa dia, semuanya basi.

Membaca balik penulisan saya sebelum ni, hai memang Allah boleh menduga saya bila-bila Dia kehendaki! Manusia memang mudah alpa, tapi tu bukan alasan. Saya perlu beringat sentiasa akan hal ni!!

Mungkin kalau lepas majlis kawin jerawat naik mendadak-dadak, mungkin dari salahkan mak andam, kita fikir balik, ada tak mulut lancang mengkritik makeup orang lain?

Cerewet tu biar la berpada-pada, memilih tu biarlah berjaga-jaga.
Tutur kata jangan lancang, karang tak termakbul apa yang dirancang.

Wah, boleh jadi cam pantun gak ni!!


14 July, 2009

Kursus Kahwin


Salam dan Hai

Kali ni baru dapat update hal berkenaan khusus kawin yang saya hadiri baru-baru ini di JAKIM, Putrajaya.

Ikutkan kursus kawin ni ada di dua tempat, di JAKIM dan di Masjid Putra tapi disebabkan Masjid Putra ada renovation kat tempat ceramah, maka dibuat di JAKIM sahaja.

Siap ada drama penceramah tetiba kena sawan.. jadi panik juga la.. saya ingatkan orang Jakim menjerit pasal nasi makan t.ari lambat sampai tapi rupanya penceramah tu mendadak kena sawan. kali pertama nampak berlaku depan mata dan harap2 takmo tengok lagi cam tu.. Kesian!

Banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh penceramah. Alhamdulillah, sesi kursus kawin saya memang seronok dan tak membosankan langsung. Mula-mula agak risau la sebab ramai kawan-kawan kata kursus kawin memang bosan dan mengantuk.

Benda perlu dibawa ke ceramah

1. gula-gula dengan banyaknya
2. shawl
3. Air mineral

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan di sini:

1. Untuk pemilihan saksi untuk nikah, jangan sebarang pilih. Kalau dibuktikan saksi pernah fasikh, kena biarkan selama setahun baru dia boleh jadi saksi semula. Jangan lupa untuk test bacaan Fatihah samada lancar atau tak. Sebaiknya, mengikut kata penceramah, biarkan Tok Imam/ Kadi yang carikan saksi untuk pernikahan.

2. Peranan Mahkamah Syariah dan JAIS/ JAWI adalah berlainan. Ada kes-kes nak bercerai, pihak pengadu pergi ke JAIS. kemudian complaint ngapa kes beliau belum disebut-sebut. Sedangkan untuk rekod aduan dan dakwaan, hendaklah dibuat di mahkamah. Kalau ke JAIS/ JAWI, hanya untuk bantuan kaunseling untuk pasangan.

3. Seeloknya buat permohonan perkahwinan dalam 3 bulan sebelum kahwin diatas sebab takut ada perubahan tarikh atau perubahan nama pasangan. Tapi kalau pasangan kita polis atau askar, proses adalah berbeza dari orang biasa kerana perlukan pelepasan dan kebenaran dari pihak polis.

4. Istilah 'mengucap cicak' digunakan bila pihak perempuan meletak demand yang bukan2 dan tinggi kepada pihak lelaki.

5. Semua pengantin perempuan yang sudah berkahwin, sila ingat tips ini. Pada giliran kita tidur di rumah ibubapa pengantin lelaki, PASTIKAN handset anda telah charge penuh dan credit pun penuh. Ini adalah untuk memastikan, jika mak mertua nak menguji ilmu masakan anda dengan request resepi yang bukan-bukan, pastikan anda masuk ke bilik air dan buat panggilan pada emak untuk resepi. Jika tak berjaya, telefon kawan-kawan yang boleh dapatkan resepi dengan pantas dari Internet

6. 'Bacon' adalah nama baru untuk David Beckham--mengikut sebutan seorang penceramah dari Ghanu tersebut. Saya dok fikir apa la Bacon bakon yang disebut-sebut dia.. haiii.. david becham rupanya!

Selesai sudah fasa pertama untuk menuju ke perkahwinan. Cuma saya berharap, kursus kawin ni patutnya ada kan sesi soal jawab antara penceramah dan peserta. Banyak soalan saya dah siap tulis, tak tertanya.. haaiii

13 July, 2009

Kekal Dibeku Masa


Salam dan Hai

Benda ni paling remeh untuk difikirkan. Tapi serius, benda ni memainkan peranan yang penting pada sesuatu yang akan kekal abadi --gambar perkahwinan.

Baru-baru ni terlibat menjadi props untuk sahabat yang baru berkahwin. Memang agak payah nak pose dan memang penat.

Sebab tu sekarang, terlintas difikiran, bakal pengantin perlu ada pose yang mereka nak didalam kepala. Mungkin dalam keadaan tertekan dan sibuk, kita pun takkan dapat ingat setiap butiran pose yang kita idamkan. Cameraman pun sudah pasti ada pose yang dia idamkan, tapi apa salahnya kita aplikasi pose yang kita nak.. Lagipun ni kan gambar perkahwinan kita, apa salahnya guna kreativiti sendiri kan? Jadi, tak kisah kalau ingat-ingat lupa sekalipun, tapi sekurangnya jangan sampai mati idea sebab jurukamera pun penat kalau tiap kali, dia yang kena bagi arah.

Bagi saya, saya lebih suka pose gambar kandid dan kelakar. Rasa macam lebih seronok untuk tengok dan gambar yang macam tu, lebih hidup dan dekat di hati.

Macam gambar-gambar kat bawah ni














Tapi mungkin apa yang saya tengok, orang lain rasa biasa aje. Sebab indahnya sesuatu tu, terletak pada mata yang melihat, hati yang menilai.

Cuma yang saya perhatikan, kat Malaysia ni, OP untuk majlis kahwin selalu pakai idea yang sama. Saya tak kata semua sebab ada yang betul-betul kreatif dari segi angle dan moment yang ditangkap. Maksud saya, kalau sorang start dengan amik gambar dari celah tanjak, maka semorang pun akan ikut. Sekarang ada pulak yang amik dari celah cermin mata, maka semua pun ikut.

Sebab tu kot saya lebih suka tengok gambar pengantin luar negara walaupun memang banyak pose kissing muah muah :P

Saya sendiri sudah ada pilihan di hati. OP tu masih belum di bawa berbincang cuma saya tengok dari gaya kerja dia, dia boleh tahan hyper saya sebab saya perlukan OP yang bertenaga dan tak mudah penat sebab saya amat suka bergambar!

Sekarang range OP yang saya tahu, ada serendah RM999 (ni untuk yang standard editing cantik punye, siap buku album, bukan setakat amik gambar tapi tak edit) sehingga ke berbelasan ribu. Pilihan mana, semua bergantung pada diri sendiri dan budget. Yang penting dan yang saya tahu, mana2 OP pun, mereka boleh dirunding tentang harga sebab mereka tau, dengan bekerjasama dengan seseorang itu akan membuka peluang perniagaan yang lain.

Jadi, buat la keputusan yang bijak!

Nak pre marriage photo ke, nak post-marriage photo ke, semua terpulang pada budget dan keinginan masing-masing.

Sekali seumur hidup (InsyaAllah), jom bergambar?


Bukan Adat ye?


Salam dan Hai

Ayah dah selamat booking katerer. Mula-mula cuma nak view harga aje, tapi orang kedai tu pandai tawar. Sampaikan lapik kerusi dan riben, dia bagi harga separuh aje. Terus kelabu mata dan akhirnya terus booking katerer.

Ayah ada minta tambahan selain daripada buah tembikai dan oren, nak bubur kacang dan tapai. Kemudian, saya nak utarakan nak buat cookie table.

Cookie table yang cam ni







Tapi takde la biarkan terdedah, karang lemau lak.. Pakai bekas bertutup pun banyak.

Bagi saya, apa salahnya. Biskut berapa banyak sangat la orang boleh makan. Paling tidak, untuk bawa balik atau sekadar merasa. Tambah lagi kalau piring dia kecik, then buffet biskut ni kat hujung meja, mesti tetamu pun segan nak berulang kali amik biskut?? :p (tapi saya dulu cendol kat hujung dewan, saya amik sampai 3kali, tak malu pun :P)


Tapi tak berani nak cakap pada ayah ibu, sebab takut diorang kata
"Hapa? Tak penah dibuat orang Melayu buat cam tu"


... tapi tak salah kan kalau nak mulakan?

Raya pun makan biskut apa..!!

12 July, 2009

Merancang itu Penting


Salam dan Hai

Idea untuk bilik pengantin abang saya sudah ada. Tapi tak berani nak tunjuk gambar idea yang betul-betul, takut tak jadi. Maka, saya bagi separuh-separuh aje gambar.

Alhamdulillah, dari segi perabot tak perlu beli yang baru sebab perabot kami jenis built-in. Jadi memang kos bilik pengantin hanya untuk hiasan, cadar katil dan langsir.

Warna bilik majoriti dari kombinasi 3 keluarga warna ni.


Dan diharap dapat memberi hasil seperti di bawah. Cadar warna putih atau cream, bantal kecik dalam 4 biji, bantal kepala dalam 4 biji juga. Atas katil, ditabur kelopak bunga ros.

Saya terfikir, untuk lilinkan kelopak bunga supaya tahan lebih lama dan lebih berkilat.


Hajat dihati ingin lakukan sesuatu yang istimewa dengan syiling bilik memandangkan syiling bilik jenis berukir. tapi tengok tahap kemahiran bagaimana


Almari dalam bilik tu jenis built-in, jadi kena la hiaskan juga tombol almari tu


Sebab merancang untuk gunakan kain langsir jenis polos, recycle dari abang sulung saya nye dulu, maka cuma beli langsir warna ungu dan bahagian langsir polos tu dihias dengan jerujai yang macam ini.


Akan beli lilin besar warna putih, dan mungkin akan hias dengan renda.. Yang pasti, kena dari skima warna tema.. Kemudian letak dalam mangkuk besar yang dikelilingi bunga rampai. Letak di sudut dinding atau meja katil


Nak sediakan coklat dan letak elok-elok atas katil. Tak pun, beli aje coklat yang berbentuk love cam kat Famos Amos dan kalau ada masa dan tenaga, nak hias bunga kat atas penutup bekas. Takpun, mungkin hanya akan beli bekas berbentuk hati dan beli apa aje coklat yang terlintas, kemudian hias bunga kat atas dia. Nak selitkan nota dari kami sekeluarga.


Takpun, buat cupcakes cam ni.. Kalau yang camni, insyaAllah saya boleh buat sendiri.


Dekat cermin bilik, ada rak tingkat. Ingat nak kosongkan, dan letak bunga yang macam ni. Boleh DIY ni!


Tapi skrang, masih belum pilih gaya langsir camne lagi.. Nak pergi beli barang-barang bilik ni Nilai selepas masuk gaji. Kalau dah ada, saya akan updatekan.

Semoga Allah permudahkan urusan saya

Petang ni pun akan ke bridal di Bangi untuk tempahan meja dan katering dengan ayah.

Abang saya masih belum pilih bridal mana. Dia amat cerewet dalam bab-bab baju ni.. Komen dia,

"selagi belum habis drift kereta 19 hb ni, aku takleh fikir hal lain la"

hai aku ke ko yang nak kawin tu, badak!!!



Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates